Majlis Berbuka Puasa ‘Career Path Club (CPC) Bersama Keluarga CEC’ 2023

Kelab CPC merupakan kelab berfokuskan Bidang Kerjaya di bawah naungan CEC telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama keluarga CEC. Butiran majlis seperti di bawah:

Tarikh : 4 April 2023
Tempat : Bilik Kagum, Kompleks siswa
masa : 5:30 – 9:00

Peserta : Majlis Tertinggi (MT) dan Majlis Eksekutif (ME) dan ahli kelab (50 orang)

Majlis ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan MT/ME baharu bagi tahun 2023/24 kepada staf CEC dan ahli kelab bagi merapatkan ukhwah serta beramah mesra diantara semua ahli.

En. Muhamad Syahril Hafiz Bin Ahmad Halim, Pegawai Psikologi, CEC telah memberi kata-kata aluan majlis dan diteruskan ucapan oleh Prof. Madya Dr. Azizul Yadi bin Yaakob selaku Pengarah CEC.

ms_MYMS