UMT menerusi produk Papaya BBQ Sauce telah meraih anugerah Saguhati bagi kategori Makanan & Minuman dalam pertandingan National Micro Entreprise Pitching Competition (NMEPC 2022) anjuran KPT dengan kerjasama UTem bertempat di Melaka hari ini.
Produk inovasi Papaya BBQ Sauce adalah inovasi yang dihasilkan oleh 3 orang pelajar UMT bersama Dr. Yusnita Hamzah (Program SM Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan)) selaku mentor dari FPSM. Produk mereka telah meraih anugerah Saguhati diantara 11 kumpulan lain yang menyertai kategori F&B dalam NMEPC 2022.
UMT telah menghantar 2 produk bagi menyertai NMEPC 2022 iaitu satu dalam kategori F&B dan satu lagi dalam kategori Perkhidmatan. Bagi kategori Perkhidmatan, UMT telah diwakili oleh produk GradMart One Stop Centre hasil inovasi dari 3 org pelajar FTKKI dan Cik Zainabbeevi Kamalbatcha dari PPAL selaku mentor.

