Universiti Malaysia Terengganu Student and Alumni Affairs

DRESS AND HAIR GUIDELINES

All UMT students are required to dress in accordance with the normal practices of Malaysian society and as future scientists and national thinkers, students should always practice clean, neat and polite clothing throughout their time on campus. The following are the Guidelines for Student Use that have been set by the authorities of Universiti Malaysia Terengganu when all students have been given permission to attend and be on the UMT campus:

PERATURAN AM

Setiap Pelajar

  • Hendaklah membawa dan memakai kad matrik sepanjang berada di dalam kampus kecuali semasa menghadiri atau menjalani aktiviti sukan;
  • Hendaklah berpakaian kemas, bersih, sopan, tidak ketat, tidak jarang, tidak menjolok mata dan sesuai dengan amalan dan norma keperibadian masyarakat Malaysia;
  • Dilarang memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan mana-mana pertubuhan atau kumpulan tertentu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian atau ketidaksentosaan kepada mana-mana orang di dalam kampus;
  • Dilarang memakai pakaian yang mempamerkan apa-apa bentuk atau unsur yang bertentangan dengan moral dan tatasusila atau mengandungi reka bentuk perkataan atau frasa yang tidak selari dengan nilai atau norma keperibadian masyarakat Malaysia;
  • Tertakluk kepada syarat-syarat pemakaian yang ditetapkan oleh fakulti atau pejabat atau mana-mana tempat di dalam kampus yang mempunyai peraturannya yang tersendiri;
  • Pelajar lelaki tidak boleh berpakaian yang menyerupai seorang perempuan dan pelajar perempuan tidak boleh berpakaian yang menyerupai seorang lelaki.

Menghadiri majlis rasmi atau urusan rasmi Universiti

  • Hendaklah berpakaian yang bersesuaian sebagai seorang pelajar UMT dengan menunjukkan kekemasan, kerapian dan kesopanan mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan oleh penganjur dan tidak melanggar peraturan Universiti;
  • Walau apa pun etika pakaian yang telah ditetapkan oleh penganjur, Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan (mana-mana anggota dari dada hingga ke lulut);
  • Bagi mengelak sebarang keraguan, pelajar adalah dilarang berpakaian antara lainnya sepertimana berikut:
  • i. pemakaian jeans;
  • ii. berskirt di atas paras lutut, jarang dan terbelah;
  • iii. berseluar pendek di atas paras lutut;
  • iv. berbaju ketat dan tanpa lengan bagi pelajar perempuan;
  • v. legging tanpa seluar tambahan di luar;
  • vi. pakaian yang berunsurkan sensitiviti dan boleh menimbulkan sebarang provokasi terhadap agama, bangsa, kaum dan negara;atau
  • vii. pakaian yang menyerupai jantina yang berlainan.

Peraturan pakaian semasa menghadiri kuliah/ peperiksaan

  • Semasa menghadiri kuliah, pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak melanggar peraturan Universiti.
  • Bagi mengelak sebarang keraguan, pelajar adalah dilarang memakai purdah, niqab atau apa jua pakaian yang menutup muka semasa peperiksaan atau penilaian akademik dijalankan.

Peraturan pakaian semasa menghadiri aktiviti makmal, sukan, kebudayaan atau aktiviti lain pelajar

  • Mematuhi etika pakaian dan peraturan yang ditetapkan dalam mengikuti dan melaksanakan aktiviti tersebut;
  • Bagi pelajar yang terlibat dengan aktiviti makmal, etika pakaian adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh makmal berkenaan;
  • Bagi pelajar yang terlibat dengan aktiviti sukan di kawasan Pusat Sukan dan Rekreasi, UMT, berikut merupakan larangan berpakaian yang hendaklah dipatuhi;
  • i. legging tanpa seluar tambahan;
  • ii. berseluar pendek di atas paras lutut tanpa seluar tight-fit;atau
  • iii. berselipar.
  • Seluar pendek dan baju tanpa lengan hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti sukan dan sekitar gelanggang sukan sahaja;
  • Pakaian renang hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti renang dan ketika berada di dalam kawasan kolam renang sahaja.

Peraturan pakaian khusus untuk pelajar lelaki dan perempuan

Seorang pelajar lelaki;
  • Dilarang memakai t-shirt tanpa kolar dan baju tanpa lengan semasa melakukan urusan rasmi Universiti;
  • Digalakkan memakai pakaian ko-kurikulum atau beruniform atau korporat pada setiap hari Rabu. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti badan beruniform adalah tertakluk kepada arahan yang ditetapkan oleh badan pelajar,kelab atau persatuan berkenaan;
  • Hendaklah memakai kasut yang bertutup dan berstoking. Selipar dan sandal dilarang sama sekali semasa menghadiri kuliah, ujian, peperiksaan akhir,perpustakaan dan ketika berurusan rasmi Universiti;
  • Dilarang membuat atau mempamerkan tatoo di mana-mana bahagian anggota badan;
  • Dilarang membuat atau mempamerkan tatoo di mana-mana bahagian anggota badan;
  • Sekiranya berjambang atau berjanggut hendaklah memastikan jambang dan janggut tersebut sentiasa dijaga dengan kemas dan rapi.
Seorang pelajar perempuan;
  • Digalakkan memakai baju kurung pada setiap hari. Bagi pelajar yang terlibat dengan aktiviti makmal, etika pakaian adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh makmal berkenaan;
  • Digalakkan memakai pakaian ko-kurikulum atau beruniform atau korporat pada setiap hari Rabu. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti badan beruniform adalah tertakluk kepada arahan yang ditetapkan oleh badan pelajar,kelab atau persatuan berkenaan;
  • Hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan dan memastikan pakaian yang dipakai tersebut adalah sopan, kemas, tidak ketat, tidak jarang dan tidak menjolok mata serta mendedahkan sebahagian dari tubuh, bahagian dada atau bahagian belakang;
  • Sekiranya memakai kain atau skirt hendaklah dipastikan kain atau skirt tersebut melepasi buku lali. Pemakaian skirt mini, atau skirt yang berbelah dan ketat adalah dilarang sama sekali;
  • Dilarang memakai seluar yang ketat, londeh, singkat dan hendaklah panjang sehingga melepasi buku lali;
  • Dilarang memakai pakaian yang menutup muka/nikab/purdah;
  • Dilarang menindik lebih dari satu tindikan di telinga;
  • Dilarang mewarna kuku;
  • Hendaklah memakai kasut yang bertutup. Selipar dan sandal dilarang sama sekali semasa menghadiri kuliah, ujian, peperiksaan akhir, perpustakaan dan berurusan rasmi Universiti.

Rambut semasa menghadiri kuliah

  • Bagi pelajar lelaki, menyimpan rambut panjang dan berekor di hadapan atau di belakang. Rambut hendaklah tidak mencecah kolar baju;
  • Berfesyen rambut keterlaluan bagi pelajar lelaki (gaya rambut bercorak sebahagian/ qaza’) dan perempuan adalah dilarang;
  • Mewarnakan rambut yang keterlaluan bagi pelajar lelaki dan perempuan;

Penguatkuasaan

Semua staf UMT adalah pihak penguatkuasa kepada peraturan ini dan boleh membuat teguran secara terus kepada mana-mana pelajar atau melaksanakan tindakan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam peraturan ini.

Pengawal Keselamatan Universiti hendaklah;

  • Mengambil tindakan awal dengan menghalang pelajar daripada memasuki atau meninggalkan kawasan kampus dan menyoal selidik pelajar yang didapati melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini;
  • Melaporkan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang jika didapati mana-mana pelajar telah melanggar peraturan ini;
  • Memanjangkan laporan jika didapati mana-mana pelajar telah melanggar peraturan ini kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Pegawai-pegawai di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) boleh menasihati atau memberi kaunseling kepada pelajar yang telah didapati melanggar mana-mana peraturan-peraturan ini.

Pelanggaran peraturan

  • Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini boleh dihalang daripada memasuki atau berurusan di kelas atau makmal atau pejabat yang berkenaan.
  • Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini boleh dikenakan hukuman tatatertib terus iaitu diberi amaran atau denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit (RM100.00) berdasarkan ketetapan yang telah ditetapkan dalam Peraturan 28 Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar-pelajar 2009).
  • Setiap kesalahan yang dilakukan di bawah peraturan ini akan direkodkan dalam fail peribadi pelajar dalam Sistem Maklumat Pelajar.

Pengecualian

Peraturan pakaian selain daripada yang dinyatakan di dalam peraturan ini hendaklah mendapat kebenaran khas daripada Naib Canselor.

Peraturan Universiti Malaysia Terengganu (Etika Pakaian Pelajar) 2024

Etika Berpakaian Pelajar UMT

GENERAL GUIDELINES

Student Residence

  • Several Residential College Blocks within the UMT campus area have been prepared to accommodate first-year students and students who meet the requirements and are selected to live in the Residential College.
  • As mentioned above, all first year students are required to live in the Residential College for two semesters except for married students and those with serious health problems.
  • Apart from the accommodation facilities at the Residential College, UMT students, especially second year students and above who are not selected to live at the Residential College, have many choices of rental houses for their accommodation around the campus with reasonable rental rates.
  • Food can be obtained from the cafeteria on campus, restaurants or nearby food stalls.

Counseling and Career

  • The Counseling Unit at PPHKP is ready to help students to achieve academic performance and personal development as well as an excellent career through the process of knowing themselves and using their potential to the maximum level. Students are encouraged to see a counselor to discuss themselves, plans and problems regarding education, academic, social, personal, emotional and mental. Counselors can also help students get information about their careers and future plans.

Library

  • UMT Sultanah Nur Zahirah Library (PSNZ) is located close to the faculty, learning center and administrative center. Its location makes it easy for students to visit it.
  • The current PSNZ building can accommodate up to 2000 people at any one time. It is equipped with various facilities and services to help and facilitate the learning of UMT students. These facilities include long service hours and a wide variety of collections (depending on the type of publication and form of information). Internet network system facilities are also provided for students' convenience.

The operating hours of PSNZ are as below :-

Lecture Semester

Sunday - Wednesday9.00 am to 11 pm
Thursday9.00 am to 4.15 pm
Friday3.00 PM to 11.00 PM
Saturday10.00 am to 6.00 pm

Semester break

Sunday - Wednesday9.00 am to 4.30 pm
Thursday9.00 am to 4.15 pm
FridayClose
SaturdayClose

Exam Week

Sunday - Wednesday9.00 am to 12.00 pm
Thursday9.00 am to 6.00 pm
Friday3.00 pm to 12 pm
Saturday10.00 am to 12 pm

*Service hours are subject to change from time to time.

University Health Center Services

  • The UMT University Health Center (PKU) was created to provide services and care for emergency and outpatient cases for students under the Student Health Service Scheme.
  • UMT PKU operates as early as 8.00 am until 4.45 pm. It is managed by the Medical Officer (General and Dental), Pen. Medical Officers, Medical Assistants and Trained Nurses.
  • For cases that require special treatment, patients will be referred to Government Medical Officers or specialists close to this campus.

The following is a list of the types of health care and services operated by the UMT Health Center:

  1. Examining and providing perfect treatment for emergency cases and outpatients based on disease diagnosis.
  2. Provide health screening services to students, staff and the public.
  3. Provide dental examination services.
  4. Assess the patient's condition to be referred to Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ) or a specialist if it is thought necessary to receive further treatment.
  5. Perform minor surgery such as incision of boils, suturing wounds, opening sutures, washing wounds and so on.
  6. Monitor blood sugar.
  7. Make a urine test (pregnant).
  8. Make a urine test for diagnosis.
  9. Making 'Ear mopping' for blocked ears.
  10. Health Education to students either directly or indirectly such as posters, pamphlets and so on.
  11. Organize a blood donation program with Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ).
  12. Involved in student activities that require health programs such as Merdeka Kayak, Konvo Fest Run, student skill programs and so on.
  13. Providing emergency treatment chest facilities to departments and student associations in need.

sports and Recreation

UMT provides several fields and courts for various sports that students can participate in such as football, tennis, volleyball, rugby, badminton, hockey, scuba and water recreation. UMT also has a complete sports complex and students are encouraged to bring their own sports equipment. If you are an athlete and are still actively involved in related sports, please contact the UMT Sports and Recreation Center.

en_GBEN