Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UMT telah menganjurkan Majlis Perutusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain pada 27 Februari 2025 bertempat di Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT dengan tema “Menggagas Idea, Menatah Mahasiswa Idaman”.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), TNC (HEPA), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain, menjelaskan bahawa sepanjang 2024, banyak program berimpak tinggi dan inisiatif telah dijayakan melalui 9 pusat tanggungjawab HEPA .
Dalam majlis yang sama, turut diadakan program Peluncuran Aplikasi Dapo MAIDAM@UMT yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Ekosistem Digital UMT. Aplikasi ini telah memudahkan 1,056 pelajar UMT untuk membuat urusan belian makanan di kafeteria. Baucar makanan ini telah disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dengan jumlah sumbangan RM211,200.00 bagi tahun 2025.
Selain itu, bagi mengintegrasikan prinsip ESG atau Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus dalam kehidupan kampus, turut diadakan penyerahan cek cura bagi pelaksanaan Program Go-Green Maybank Islamic Berhad kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UMT daripada Pusat Ihsan UMT dengan nilai sumbangan RM 152,400.00 untuk menjayakan kempen kelestarian alam.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan program peluncuran dan penyerahan cek cura. Yang pertama adalah Peluncuran Aplikasi Dapo MAIDAM@UMT yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Ekosistem Digital UMT. Aplikasi ini yang telah memudahkan 1056 pelajar UMT untuk membuat urusan belian makanan di kafeteria. Baucar makanan ini telah disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dengan jumlah sumbangan RM211,200.00 bagi tahun 2025.
Seterusnya, pihak HEPA juga telah menerima cek cura sumbangan bernilai RM62,500 bagi tahun 2024 oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Pihak YPM telah membelanjakan keseluruhan sumbangan RM282,500.00 bagi manfaat kepada 110 pelajar UMT.




