
Iftar Kasih Darul Falah pada 3 Mac 2025 bersamaan 2 Ramadan 1446H, bertempat di Asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payung, Marang Terengganu.
Majlis Iftar Kasih Darul Falah akan bermula pada 5.45 petang dan akan disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
Seramai 116 anak yatim dari Asrama Rumah Anak-anak Yatim Darul Falah diraikan dalam Program Iftar Kasih Darul Falah, anjuran Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK), Kolej Kediaman, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Penganjuran itu bertujuan memupuk nilai kasih sayang, mengeratkan hubungan antara mahasiswa luar kampus dengan anak yatim dan komuniti setempat serta menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar universiti.
Program yang berlangsung di Asrama Darul Falah, Bukit Payong itu turut dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk pengurusan dan kakitangan HEPA UMT, wakil Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) Terengganu, tenaga pengajar asrama serta barisan sukarelawan mahasiswa daripada JPLK dan Kelab Perwakilan Luar Kampus (KPLK).
#HEPAFrame
#BingkasCAKNA
#MahasiswaIDAMAN
#MalaysiaMADANI





