SESI SANTAI PODCAST BERSAMA IKON SISWA 2024

Panel 1: Saudari Alina, penerima Anugerah Bingkas Timbalan Naib Canselor HEPA

Panel 2: Saudara Sri Murugan, penerima Anugerah Kepimpinan Kelab, Persatuan & Fakulti

Podcast ini akan dikendalikan oleh En. Fadli bin Mamat, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM). Perbincangan ini akan menyentuh tentang pengalaman mereka dalam mencapai kejayaan serta cabaran yang dihadapi sepanjang perjalanan mereka sebagai mahasiswa aktif dan berprestasi tinggi.

Anugerah Ikon Siswa 2024 telah berlangsung pada 16 November 2024, dengan sebanyak 19 kategori anugerah dipertandingkan. Inisiatif oleh PPPM HEPA ini memberi pengiktirafan kepada pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kepimpinan, inovasi, sukan, kesukarelawanan dan banyak lagi.

Majlis ini juga berperanan sebagai platform motivasi kepada pelajar UMT agar terus berusaha mencapai kecemerlangan holistik dan mapan sepanjang pengajian mereka. Saksikan sesi ini dan ambil inspirasi dari kejayaan mereka.

en_GBEN