𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗞𝗔𝗣 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮 “𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻”

30 April 2022. Seramai 1000 orang peserta yang terdiri daripada pengakap di seluruh Malaysia, pelajar-pelajar dan orang awam telah menyertai Webinar Bicara Pengakap siri 2 “Pengenalan kepada Asas Pelayaran” yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Latihan Pelayaran, Universiti Malaysia Terengganu. Program ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Facebook Live. Program ini juga, berkonsepkan perkongsian ilmu berkenaan Asas Pelayaran dimana ia menumpukan kepada beberapa aspek antaranya pengenalan kelas bot, nama pada bahagian bot dan layar, asas pengendalian perahu layar, asas keselamatan dan larangan sebelum berlayar. Selain itu, perkongsian pengalaman daripada panel jemputan juga menarik minat peserta sepanjang program berlangsung.

ms_MYMS