30 April 2022. Seramai 1000 orang peserta yang terdiri daripada pengakap di seluruh Malaysia, pelajar-pelajar dan orang awam telah menyertai Webinar Bicara Pengakap siri 2 โPengenalan kepada Asas Pelayaranโ yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Latihan Pelayaran, Universiti Malaysia Terengganu. Program ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Facebook Live. Program ini juga, berkonsepkan perkongsian ilmu berkenaan Asas Pelayaran dimana ia menumpukan kepada beberapa aspek antaranya pengenalan kelas bot, nama pada bahagian bot dan layar, asas pengendalian perahu layar, asas keselamatan dan larangan sebelum berlayar. Selain itu, perkongsian pengalaman daripada panel jemputan juga menarik minat peserta sepanjang program berlangsung.
