Selamat Datang ke mini site

KOLEJ KEDIAMAN

Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan

KOLEJ KEDIAMAN (KK) MERUPAKAN SALAH SATU KOMPONEN PENGURUSAN DI DALAM PEMBANGUNAN PELAJAR YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN PENEMPATAN SERTA KEMUDAHAN PELAJAR BAGI MEWUJUDKAN SUASANA KEDIAMAN YANG SELESA DAN SELAMAT

Penjenamaan semula Kolej Siswa kepada Kolej Kediaman (KK) telah bermula pada 20 Ogos 2020 di mana penjenamaan ini seiring dengan cadangan pucuk pimpinan yang diterajui oleh Pengarah Kolej Kediaman iaitu Profesor Madya Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali dan di bantu oleh Timbalan Pengarah Dalam Kampus serta Timbalan Pengarah Luar Kampus, Encik Mohd Yusmiza Bin Mamat.

Kolej Kediaman telah dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran kedua bagi pelajar yang menginap di Kolej Kediaman. Kolej Kediaman terbahagi kepada tiga seksyen penting iaitu Seksyen Pentadbiran & Kewangan, Kolej Kediaman Dalam Kampus dan Kolej Kediaman Luar Kampus.

Pihak Kolej Kediaman akan sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar menjadi keutamaan agar pelajar selesa dalam menjalani sesi pembelajaran di Kolej Kediaman.

Pengurusan

Warga Kolej Kediaman UMT

Pentadbiran & Kewangan

Seksyen Pentadbiran dan  Kewangan

 Bertangunggjawab dalam menguruskan urusan pentadbiran yang berkaitan dengan fasiliti, belanjawan keseluruhan dan pembangunan mahasiswa di Kolej Kediaman

Dalam Kampus

Seksyen Kolej Kediaman Dalam Kampus

Bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan fasiliti dan infrastruktur kediaman dalam kampus yang kondusif kepada mahasiswa.

Luar Kampus

Seksyen Kolej Kediaman Luar Kampus

Bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan fasiliti dan infrastruktur kediaman luar kampus yang kondusif di samping menguruskan pangkalan data rumah sewa pelajar, kemudahan, kebajikan dan keselamatan mahasiswa di luar kampus

Carta

Organisasi Pengurusan Kolej Kediaman UMT

OBJEKTIF

  • Menguruskan permohonan penempatan mahasiswa di dalam kampus
  • Menyediakan kemudahan, prasarana dan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada mahasiswa
  • Menyediakan perkhidmatan pembaikan bagi kerosakan kecil di Kolej Kediaman dan Kolej Kediaman Luar Kampus (Residensi Tembesu dan Taman Permin Makmur)
  • Mentadbir dan menyelaras aktiviti mahasiswa yang dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri
  • Menyediakan ruang dan peluang untuk mahasiswa membantu pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di kolej

Fasiliti

Fasiliti dan Kemudahan Kolej Kediaman UMT untuk Mahasiswa UMT

Kafeteria

Kolej Kediaman menyediakan dua buah kafeteria bagi kemudahan pelajar. Kafeteria tersebut ialah kafeteria Kolej Kediaman Abdul Rahman Limbong dan Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek.

Teflon

Kolej Kediaman menyediakan teflon bagi kegunaan pelajar. Di sini pelajar boleh melaksanakan pelbagai aktiviti seperti ‘Speaker Corner’, ‘Jamming’, aktiviti – aktiviti keusahawanan dan lain.

Bilik Mesyuarat

Bilik mesyurat juga ada disediakan oleh pihak pengurusan bagi memudahkan sebarang mesyuarat diadakan di Kolej Kediaman oleh pihak staf dan pelajar.

Kenderaan

Pihak pengurusan menyediakan dua kemudahan kenderaan iaitu sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna 4x4 dan sebuah MPV bagi kemudahan pelajar Kolej Kediaman.

Stor Pusat

Kolej Kediaman mempunyai satu stor pusat bagi menempatkan sebahagian aset-aset Kolej Kediaman.

Dewan Al-Falah

Kolej Kediaman telah menyediakan kemudahan dewan Al-Falah bagi kegunaan aktiviti pelajar Kolej Kediaman.

Dewan Al-Irfan

Kolej Kediaman menyediakan dewan ini untuk kegunaan aktiviti pelajar dan majlis-majlis rasmi.

Mini Gimnasium

Fasiliti gimnasium bagi kemudahan pelajar untuk bersukan disediakan seiring untuk melahirkan pelajar UMT yang holistik.

Ruangan Bacaan

Ruang bacaan disediakan di setiap Blok Abdul Rahman Limbong bagi memberi keselesaan kepada pelajar untuk membaca ataupun bersantai.

Kolej Kediaman

Nama-nama blok yang diambil sempena nama para Ulama Hadith terkenal
IBNU MAJAH (IM)

IBNU MAJAH (IM)

IBNU ABBAS (IA)

IBNU ABBAS (IA)

IBNU JARIR (IJ)

IBNU JARIR (IJ)

AN NASAI' (ANN)

AN NASAI' (ANN)

AT-THABRANI (ATB)

AT-THABRANI (ATB)

AT-TARMIDZI (ATT)

AT-TARMIDZI (ATT)

IBNU SINA (IS)

IBNU SINA (IS)

IBNU HIBBAN (IH)

IBNU HIBBAN (IH)

KOLEJ KEDIAMAN UMT MEMPUNYAI SEBANYAK 8 BLOK SECARA KESELURUHAN YANG TERDIRI DARIPADA DUA (2) BLOK BAGI PELAJAR LELAKI DAN ENAM (6) BLOK BAGI PELAJAR PEREMPUAN

Di Kolej Kediaman, kapasiti bilik terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bilik berempat, bertiga dan berdua.

Bagi pelajar tahun 1 yang baru mendaftar akan terus ditempatkan di Kolej Kediaman iaitu bilik berempat.  Penukaran bilik hanya dibenarkan kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sahaja.

Bagi blok kediaman konsep apartment, kapasiti bilik adalah untuk menginap berdua atau bertiga.

Kolej Kediaman

Kemudahan Penginapan Luar Kampus yang Ditawarkan untuk Mahasiswa UMT
KKLKRT (PELAJAR PRASISWAZAH TEMPATAN)

KKLKRT (PELAJAR PRASISWAZAH TEMPATAN)

KKLKRT (PELAJAR PASCASISWAZAH ANTARABANGSA)

KKLKRT (PELAJAR PASCASISWAZAH ANTARABANGSA)

KKLKTPM (PELAJAR PASCASISWAZAH ANTARABANGSA)

KKLKTPM (PELAJAR PASCASISWAZAH ANTARABANGSA)

KOLEJ KEDIAMAN LUAR KAMPUS SEBAGAI KEDIAMAN LUAR KAMPUS PILIHAN MAHASISWA UMT

Berita & Aktiviti

Berita dan Aktiviti terkini Kolej Kediaman UMT
PROGRAM HARI TERBUKA SERAMBI NIAGA: SERAMBI NIAGA LANCAR DAPUR JAYAKAN PENGHASILAN PRODUK MAKANAN

PROGRAM HARI TERBUKA SERAMBI NIAGA: SERAMBI NIAGA LANCAR DAPUR JAYAKAN PENGHASILAN PRODUK MAKANAN

November 18, 2025 Kolej Kediaman

Kuala Nerus, 15 November 2025 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh agenda pemerkasaan keusahawanan

Baca Lanjut
PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI @UMT RINGANKAN BEBAN KOS SARA HIDUP MAHASISWA & KOMUNITI SETEMPAT

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI @UMT RINGANKAN BEBAN KOS SARA HIDUP MAHASISWA & KOMUNITI SETEMPAT

November 17, 2025 Kolej Kediaman

KUALA NERUS, 15 November – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

Baca Lanjut
40 Pelajar UMT Perkasa Kepimpinan di International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2025)

40 Pelajar UMT Perkasa Kepimpinan di International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2025)

November 17, 2025 PPPM

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2025 – Seramai 40 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menyertai

Baca Lanjut

Hubungi

Terdapat sebarang pertanyaan? Hubungi kami di talian yang tertera
Lokasi

Pejabat Pentadbiran
Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia

Pentadbiran dan Kewangan
Kolej Kediaman
Waktu Operasi
11:26 am
April 1, 2026
Ahad 09:00 AM - 04:30 PM
Isnin 09:00 AM - 04:30 PM
Selasa 09:00 AM - 04:30 PM
Rabu 09:00 AM - 04:30 PM
Khamis 09:00 AM - 04:00 PM
Jumaat Closed
Sabtu Closed

Pejabat dibuka. Sekarang kami menerima pelawat untuk memberi perkhidmatan.

ms_MYMS