UMT di Puncak Liga Premier Futsal IPT Fasa 1 2023

UMT unggul di Liga Premier Futsal IPT Fasa 1 2023 yang baru sahaja melabuhkan tirai 10 Mac yang lalu di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail.

Berbekalkan tiupan semangat dari warga varsiti, hasil 4 kemenangan dan 1 seri sudah cukup menggambarkan keampuhan pasukan futsal UMT yang dibimbing oleh Encik Mohd Syafiq Aizat Abd. Aziz (PSR) dan dibantu oleh Encik Ahmad Shariman Ab Rahman (PPH) .

“Kita akan terus fokus serta melihat kembali kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti dan kita percaya pasukan-pasukan lain juga akan membuat 𝘩𝘰𝘮𝘦𝘸𝘰𝘳𝘬 khususnya untuk persediaan baki 3 fasa yang akan datang. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pengurusan tertinggi UMT terutamanya HEPA, Pusat Alumni dan Kosiswa di atas sumbangan serta tajaan kepada pasukan kami” ujar beliau yang juga merupakan Pegawai Tadbir Kanan Sukan UMT.

Fasa ke-2 akan berlangsung pada Ogos 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

ms_MYMS