Pasukan Tenis UMT berjaya juga mengharumkan nama Kontingen UMT dengan membawa pulang Pingat Gangsa pada Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) 2023

Pasukan Tenis UMT berjaya juga mengharumkan nama Kontingen UMT dengan membawa pulang Pingat Gangsa pada Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) 2023. Kejohanan SUKANUN kali ke-12 ini telah berlangsung bermula 3 – 9 September 2023 bertempat di UiTM, cawangan Arau Perlis.

Bersaing dengan pasukan dari agensi Badan Berkanun yang lain bukanlah satu kerja yang mudah untuk Pasukan Tenis UMT menggapai erti sebuah kejayaan. Namun berkat usaha, doa, tiada erti penat lelah berjuang maka tiada yang mustahil. Tahniah juga, Pasukan Tenis UMT satu-satunya pasukan dari kalangan Universiti Awam yang berjaya membawa pulang pingat dalam acara Tenis pada kali ini.

ms_MYMS