Pusat Sukan dan Rekreasi, HEPA UMT telah menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 secara atas talian berkelompok dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara (ISN) pada 22 hingga 26 Oktober 2023 bertempat di Dewan Seminar, UMTCC.
Kursus ini merupakan kursus Sains Sukan Tahap 1 yang pertama diadakan secara atas talian berkelompok melibatkan 29 orang peserta terdiri daripada atlet, pelajar serta penggiat-penggiat sukan dalaman UMT.
Kursus ini dikendalikan urusetia Akademi Kejurulatiha Kebangsaan (AKK), Encik Hisyam Arif bin Zainal Abidin dengan menampilkan penceramah-penceramah Sains Sukan seluruh negara mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing.
Pada akhir kursus, peserta yang lulus penilaian akan menerima sijil Sains Sukan Tahap 1, di mana sijil berkenaan melayakkan peserta untuk memiliki lesen C Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang diiktiraf di seluruh negara dalam bidang kejurulatihan.



