Isnin, 18 Mac 2024 – Pusat Sukan dan Rekreasi diketuai oleh Puan Siti Noriam binti Yaakob telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) di Kuala Terengganu dan disambut oleh CEO TSG, Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood dan COO TSG, Nasiruddin Wan Idrus serta beberapa orang staf TSG yang lain.
Antara intipati kunjungan tersebut adalah perbincangan mengenai jaringan kerjasama 2 hala menerusi beberapa program yang akan melibatkan kedua-dua belah pihak. Antaranya ialah :
1. Motivation Talk “Champion Mentality”
2. Klinik Berbasikal Bersama Karyawan Tamu & TSG (Tatacara Kayuhan dan Servis Asas Basikal)
3. Kayuhan “Gateh Sikal” Karyawan Tamu UMT 2024 Sempena Pesta Konvo UMT
4. Perkongsian Pengalaman dan Ramah Mesra TSG bersama pelajar baharu
Dalam pada masa yang sama, penyerahan surat setuju terima Watikah Pelantikan Karyawan Tamu UMT kepada Encik Hariff Saleh, pelumba TSG turut dilakukan di pejabat tersebut.
Semoga jaringan kerjasama antara kedua-dua belah pihak ini akan memberi manfaat dua hala demi pembangunan sukan basikal di Malaysia.



