selamat Datang ke Mini Site
Pusat KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN MAHASISWA (PKKM)
Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah ditubuhkan pada 01 Ogos 2023
PKKM
Penubuhan Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM) secara fokusnya meneruskan fungsi utama sebagai pusat kaunseling pelajar dan juga penambahan kepada fokus baharu iaitu kawalselia kepada fungsi kesejahteraan mahasiswa.
" Pelestarian perkhidmatan kaunseling yang inovatif dan kondusif bagi perkembangan psikologi yang positif."
" Membentuk modul intervensi yang membantu memberi kesedaran kepada mahasiswa untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi ke arah lebih positif. Melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan optimistik. Memberi sokongan dalam membentuk kesihatan mental yang baik dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu "
Menyokong PSUMT 2023-2027 Teras 3: Pembangunan Pelajar iaitu termasuk dalam OS 3: Kecaknaan Terhadap Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar.
Mengawal selia sistem atau Indeks Kesejahteraan Pelajar UMT.
Menguruskan keperluan pembangunan dan semakan Indeks Kesejahteraan Pelajar UMT.
Menyelaras keperluan dan pengoperasian elemen kesejahteraan pelajar di UMT.
Menyediakan dan membentang pelaporan secara berkala atau mengikut keperluan pengurusan HEPA/UMT.
PUSAT KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN MAHASISWA
SEKSYEN KAUNSELING DAN SOKONGAN
- Mengendalikan sesi kaunseling individu dan kelompok serta menyediakan pelaporan sesi kaunseling
- Mengendalikan khidmat bimbingan individu dan kelompok
- Mengendalikan khidmat konsultasi bersama warga UMT dan komuniti.
- Mentadbir dan melaksanakan ujian psikologi
- Mengurus proses permohonan penangguhan pengajian pelajar
- Menyelia Pelajar Praktikum daripada IPT dan IPTS
- Menjadi ahli tetap Mesyuarat Majlis Kaunseling Universiti Malaysia (MAKUMA)
- Mengendalikan sistem e-kaunseling
- Merancang dan melaksanakan program sokongan akademik kepada pelajar
- Menyelia keperluan latihan kopetensi bagi meningkatkan profesionalisme pegawai psikologi
- Menyedia dan mengendalikan alat pengujian psikologi
- Menyediakan dan mengemaskini SOP kes-kes kaunseling
- Mengendalikan khidmat konsultansi bersama warga UMT dan komuniti luar
SEKSYEN KESEJAHTERAAN MAHASISWA
- Mengendalikan sesi kaunseling
- Mengendalikan khidmat bimbingan
- Menyedia, mentadbir dan menganalisis ujian psikologi
- Mengurus proses permohonan penangguhan pengajian pelajar
- Menyelia Pelajar Praktikum daripada IPT dan IPTS
- Menjadi ahli Mesyuarat Majlis Kaunseling Universiti Malaysia (MAKUMA)
- Menyelaras sistem e-kaunseling
- Merancang dan menyelaras jaringan antara pusat dan komuniti luar (USR)
- Merancang dan melaksanakan aktiviti ‘out reach’ Seksyen Kaunseling
- Mengawalselia pelaksanaan indeks kesejahteraan mahasiswa UMT
- Menguruskan keperluan pembangunan dan semakan indeks kesejahteraan mahasiswa umt
- Menyelaras keperluan dan pengoperasian elemen kesejahteraan mahasiswa di UMT
- Menyediakan dan membentang pelaporan secara berkala atau mengikut keperluan pengurusan HEPA/UMT
- Menyelia dan menyediakan modul dan risalah untuk aktiviti perkhidmatan kaunseling.
- Menyelaras pemerkasaan fungsi Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UMT.
SEKSYEN PEMBANGUNAN KENDIRI DAN HAL EHWAL OKU
- Mengendalikan sesi kaunseling
- Mengendalikan khidmat bimbingan
- Menyedia, mentadbir dan menganalisis ujian psikologi
- Mengurus proses permohonan penangguhan pengajian pelajar
- Menyelia Pelajar Praktikum daripada IPT dan IPTS
- Menjadi ahli Mesyuarat Majlis Kaunseling Universiti Malaysia (MAKUMA)
- Menyelaras sistem e-kaunseling
- Merancang dan membangunkan program Pembangunan Kendiri kepada pelajar
- Menguruskan keperluan dan kebajikan pelajar OKU
- Melaporkan maklumat pelajar OKU kepada pengurusan UMT dan KPT
- Menyantuni aktiviti pelajar OKU
SEKSYEN PENTADBIRAN DAN PROMOSI
- Menjalankan kerja – kerja pengurusan pentadbiran pusat kaunseling
- Menyediakan laporan pusat kaunseling secara berkala
- Menguruskan temujanji sesi kaunseling melalui sistem e-kaunseling dan secara walk-in
- Mengadakan aktiviti bagi mempromosikan perkhidmatan Pusat Kaunseling kepada pelajar
- Membuat hebahan program dan aktiviti pusat kaunseling kepada pelajar dan warga UMT
- Memantau penggunaan aset dan bilik kaunseling
- Memastikan bilik kaunseling sentiasa berada dalam keadaan yang baik
Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa menyediakan
Kemudahan Fasiliti dan Peralatan

Bilik Sesi Rogers

Bilik Sesi Freud

Bilik Expressive Art Therapy

Bilik Expressive Art Therapy

Bilik Terapi Carl Jung

Bilik Terapi Carl Jung
Ini adalah berita dan aktiviti terkini dari kami di PPHK
Terdapat sebarang pertanyaan? hubungi kami di talian yang tertera.
PUSAT KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN MAHASISWA (PKKM)
Lokasi
Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa.
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.