Nilai Matlamat Pembangunan MAMPAN (SDGs) diterapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Terengganu sesi 2024/2025.
Bakat kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Malaysia Terengganu sesi 2024/2025 telah diasah dan dipupuk melalui penganjuran Bengkel Pendedahan Pengurusan dan Pemantapan Organisasi (BPO) bertempat di Kela Adventure Camp, Raub, Pahang.
Program yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM) ini telah berjaya memberi pendedahan secukupnya kepada barisan MPP bagi memupuk sifat kebersamaan mereka sebagai satu pasukan selaras dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu nilai Pendidikan Berkualiti (SDG 4), nilai Mengurangkan Ketidaksamaan (SDG 10), dan nilai Keamanan, Keadilan serta Institusi yang Kuat (SDG 16).




