Tarikh : 11 Disember 2024
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : UMT Community Sailing Clubhouse, Pulau Duyong
Kelas amali Kursus Asas Pelayaran & Kejurulatihan telah diadakan di UMT Community Sailing Clubhouse, Pulau Duyong, pada 11 Disember 2024. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada peserta mengenai asas pelayaran dan kejurulatihan dalam sukan pelayaran.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada teknik-teknik asas pelayaran, termasuk pengendalian perahu layar, navigasi, dan aspek keselamatan di laut. Selain itu, modul kejurulatihan turut merangkumi kaedah pengajaran dan pembelajaran efektif dalam melatih pelayar baharu.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar UMT dan diharapkan dapat memupuk minat terhadap sukan pelayaran serta melahirkan jurulatih-jurulatih berkelayakan yang mampu membimbing generasi akan datang dalam bidang ini.
Penganjuran kelas amali ini juga selaras dengan usaha Universiti Malaysia Terengganu untuk memperkasakan aktiviti pelayaran di kalangan pelajar dan menyokong pembangunan sukan air di Malaysia.








