Duyong Marina Resort Monsoon Challenge 2024

Tarikh: 26 hingga 29 Disember 2024
Tempat: Duyong Marina & Resort, Terengganu

Duyong Marina Resort Monsoon Challenge 2024 telah berlangsung dengan jayanya dari 26 hingga 29 Disember 2024 di Duyong Marina & Resort, Terengganu. Acara ini dianjurkan oleh Duyong Marina & Resort dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Pelayaran Malaysia dan Terengganu Windsurfing Association menarik penyertaan pelayar dari seluruh negara untuk bersaing dalam pelbagai kategori perlumbaan. ​

Kejohanan ini bertujuan untuk mempromosikan sukan pelayaran dan memanfaatkan musim monsun sebagai platform untuk menguji kemahiran dan ketahanan para pelayar dalam keadaan cuaca mencabar. Sepanjang empat hari kejohanan, peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan kecekapan dalam mengendalikan kapal layar mereka.

Penganjuran Duyong Marina Resort Monsoon Challenge 2024 diharapkan dapat meningkatkan minat terhadap sukan pelayaran dan memperkukuhkan kedudukan Terengganu sebagai destinasi utama sukan air di Malaysia.

ms_MYMS