Selamat Datang ke mini site
Logo-UMT-Sailing-Centre

SAILING CENTRE

Pusat Latihan Pelayaran UMT (Sailing Centre)

Pengenalan Pusat Pelayaran, Sailing Centre

Pusat latihan pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mula beroperasi 1 Ogos 2019 lalu menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai pelayar pelayar muda di Malaysia. Ianya turut menjadikan universiti terbabit sebagai peneraju program berkaitan pelayaran dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Selain itu, kewujudan Pusat Latihan pelayaran adalah bertujuan membudayakan pelayaran kepada komuniti di Terengganu amnya terutamanya dalam kalangan pelajar UMT sendiri.

Ianya bermula sebagai salah satu subtopik amali dari subjek Keperlautan yang ditawarkan kepada pelajar dan peyertaan pelajar dalam penganjuran regatta di Malaysia.

Pusat ini juga sedang membangunkan aspek akademik dan kajian dalam bidang pelayaran diperingkat Institut pengajian tinggi selain meningkatkan aktiviti berkaitan pelayaran di dalam program pembangunan belia serta penganjurkan aktiviti komersil dan kursus professional.

Pusat ini turut menjalankan program tanggungjawab sosial Universiti (USR) melalui aktiviti yang dijalankan di komuniti setempat termasuk sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Baca lagi ... Tutup...

Nama Rasmi PTJ: Pusat Latihan Pelayaran
Nama Sebutan: Sailing Centre
Bilangan Staf: 7 orang

OBJEKTIF

  • Menawarkan subjek akademik berkredit berkaitan pelayaran kepada pelajar UMT dalam beberapa peringkat.
  • Bekerjasama dengan persatuan negeri dan kebangsaan dalam menganjurkan kursus-kursus dan acara berkaitan pembangunan sukan pelayaran dikalangan belia dan komuniti.
  • Menganjurkan kursus kompetensi dan professional berkaitan pelayaran bagi menjana pendapatan.

Penubuhan UMT Sailing Centre merupakan salah satu (1) daripada tujuh (7) Big Idea yang telah dibincangkan semasa ”Retreat Pelan Strategik Lembaga Pengarah Universiti dan Pegawai Utama”, Universiti Malaysia Terengganu pada 25 – 27 Januari 2019 di Putrajaya. Susulan dari itu, satu lawatan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMT dan Naib Censelor UMT ke Pusat Latihan Perahu Layar Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di Duyong Marina Resort telah dijalankan pada 12 Mac 2019 bagi melihat sendiri kemudahan latihan dan peluang kerjasama antara UMT–MSNT untuk menubuhkan UMT Sailing Centre.

Sailing Centre MOOC Online Courses

Video ini diambil dari Facebook Pusat Latihan Pelayaran

Pusat Latihan Sea Sport Arena UMT

Pertandingan Kapal Layar UMT

Pusat latihan yang sedang dibangunkan di pantai UMT yang berkonsepkan pelayaran santai

Di bawah ini di senaraikan fungsi UMT Sailing Centre.

93310581_246020530102588_6886730852248584192_o (2)
101652707_281208109917163_8600293932858867712_n
Gambaran kasar pelan strategik Sailing Centre untuk tahun 2020 ~ 2023
Senarai carta organisasi pengurusan Sailing Centre
Terdapat sebarang pertanyaan? hubungi kami di talian yang tertera.
Lokasi

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA),
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.

Hubungi Kami
Waktu Pejabat
03:55 am
April 1, 2026
Ahad 09:00 AM - 04:30 PM
Isnin 09:00 AM - 04:30 PM
Selasa 09:00 AM - 04:30 PM
Rabu 09:00 AM - 04:30 PM
Khamis 09:00 AM - 04:00 PM
Jumaat Closed
Sabtu Closed

Pejabat ditutup sila datang pada hari lain.

ms_MYMS