Selamat Datang ke Mini Site
Logo-Hepa-UMT

PUSAT PEMBANGUNAN DAN PEMERKASAAN MAHASISWA (PPPM)

Mesra

Mesra

PPPM mendorong suasana pembelajaran yang inklusif dan menyokong antara mahasiswa.

Intergriti

Integriti

PPPM menekankan kepentingan nilai-nilai moral dan etika dalam semua tindakan mahasiswa.

Bingkas

Bingkas

PPPM menggalakkan mahasiswa untuk bersedia dan tangkas menghadapi cabaran.

Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah ditubuhkan pada 01 Ogos 2023

  • Menjadikan pusat rujukan untuk mahasiswa beraktiviti, berkarya dan bersosial
  • Membingkas pengajuran program mahasiswa peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Memperkasa mahasiswa untuk bebas berkarya dan beraktiviti
  • Memastikan tatakelola yang baik dan jelas menerusi semakan garis panduan dan peraturan sedia ada & baharu

Direktori Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa

SEKSYEN ADVOKASI DAN PEMERKASAAN

  1. Menyelaraskan program literasi dan kemantangan politik dalam kalangan pelajar UMT.
  2. Mengurus, menyelia pembangunan Majlis Perwakilan Pelajar UMT
  3. Menyelaraskan dan mengurus Pilihan Raya Kampus
  4. Menyelaraskan Kongres Rundingan Mahasiswa (KORUM)
  5. Menjadi ahli ntetap Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MAKSUM)

SEKSYEN PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN

  1. Mengurus proses gerak kerja pusat
  2. Menyelaras sistem Merit Mystar pelajar
  3. Menyelaras Modul Aktiviti Pelajar
  4. Mengurus anugerah pelajar
  5. Menjadi ahli tetap Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM)
  6. Majlis Anugerah Ikon Siswa

SEKSYEN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

  1. Mengurus dan menyelia data pembangunan bakat pelajar
  2. Menyelaras aktiviti dan program pembangunan bakat pelajar
  3. Menyelaras penyertaan pertandingan pelajar
  4. Menyelaras penyertaan pelajar program anjuran luar
  5. Menyelia penyertaan kesukarelawan pelajar
  6. Menjadi ahli tetap Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM)

Melahirkan Tokoh Siswa Unggul

Berusaha membentuk mahasiswa berinspirasi tinggi yang mampu menjadi pemimpin masa depan dengan integriti dan kecemerlangan.

Mengangkat Prestasi Pelajar ke Peringkat Global

Meningkatkan bilangan pelajar yang menerima anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, memperkukuh reputasi universiti di mata dunia.

Memupuk Semangat Kesukarelawanan Mahasiswa

Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan untuk membina sifat kepimpinan, empati, dan tanggungjawab sosial.

8 elemen yang di kenal pasti dapat memberikan manfaat pada alumni

Fasa 1

Pemilihan MPP

Pemilihan MPP universiti awam  dilaksanakan sepenuhnya oleh Pelajar

Aktiviti

Autonomi pengurusan aktiviti pelajar

Kewangan

Autonomi pengurusan kewangan pelajar

Politik

Panduan pelajar berpolitik di dalam dan luar kampus

Fasa 2

Persatuan

Penubuhan Kesatuan Pelajar

Pengurusan

Autonomi penuh pengurusan Kesatuan

Pendapatan

Kesatuan dan persatuan sebagai entiti yang boleh  menjana pendapatan dan menjalankan perniagaan

Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan kebajikan dan aktiviti kemanusiaan

MENJADI PUSAT RUJUKAN MAHASISWA BERAKTIVITI DAN BERSOSIAL

Garis Panduan Aktiviti pelajar

Garis Panduan Merit MySTAR

Garis Panduan Pilihan Raya Kampus (PRK)

Garis Panduan Modul BAKAT & KEMSIS

Garis Panduan Modul Pendidikan Politik

Garis Panduan Aktiviti (Hiburan) – Pusat Budaya

MEMBINGKAS PENGANJURAN PROGRAM MAHASISWA  PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Keserakanan Kluster Kelab Pelajar

Kerjasama antara Fakulti-HEPA

Penglibatan Agensi / NGO / Badan Korporat

MEMPERKASA MAHASISWA UNTUK BEBAS BERKARYA DAN BERAKTIVITI

Pelaksanaan Kongres Rundingan Mahasiswa (KORUM)

Melibatkan MPP, JPLK, JPKK dan kluster (Kelab dan Persatuan) membuktikan bahawa mahasiswa telah matang di dalam soal kebebasan bersuara yang menjadi elemen penting dalam kebebasan berpolitik pelajar dan pentingnya mutu dan kualiti usul serta perbahasan dipertingkatkan dari semasa ke semasa

100% Perlaksanaan pemilihan MPP oleh Mahasiswa

seluruh proses pilihan raya, termasuk pengurusan, pencalonan, kempen, dan pengundian, dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar sendiri tanpa campur tangan pihak luar, memastikan kebebasan dan ketelusan dalam pemilihan, meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam proses demokrasi kampus, dan mengasah kemahiran kepimpinan mereka untuk pembangunan diri serta kerjaya masa depan

Penganjuran aktiviti pelajar diluluskan oleh MPP

Proses di mana cadangan atau permohonan untuk menganjurkan aktiviti atau program oleh mana-mana kelab, persatuan, atau kumpulan pelajar perlu mendapat persetujuan atau sokongan daripada MPP sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan untuk memastikan aktiviti yang dijalankan adalah sesuai, berkualiti, dan tidak bercanggah dengan nilai-nilai serta misi institusi pengajian tinggi tersebut

Pembahagian perutukan dana aktiviti pelajar oleh MPP

Mengagihkan sumber kewangan yang diperuntukkan untuk pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kelab, persatuan, atau kumpulan pelajar di universiti atau institusi pengajian tinggi dilakukan oleh MPP supaya adil, telus dan menggalakkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran mahasiswa

Pematuhan Kepada Pekeliling Pentadbiran

Pematuhan kepada Pekeliling Pentadbiran

Pelaksanaan Latihan Bertuktur

Pelaksanaan Latihan Bertuktur

Pembangunan Dan Kebajikan Kakitangan

Pembangunan dan Kebajikan Kakitangan

Kemahiran Komunikasi Berkesan

Kemahiran Komunikasi Berkesan

Hubungi Kami

Terdapat sebarang pertanyaan? hubungi kami di talian yang tertera.
Lokasi

Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa,
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.

Hubungi Kami
Waktu Operasi
07:55 am
April 1, 2026
Ahad 09:00 AM - 04:30 PM
Isnin 09:00 AM - 04:30 PM
Selasa 09:00 AM - 04:30 PM
Rabu 09:00 AM - 04:30 PM
Khamis 09:00 AM - 04:00 PM
Jumaat Closed
Sabtu Closed

Pejabat ditutup sila datang pada hari lain.

Lokasi

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.

Waktu Operasi
07:55 am
April 1, 2026
Ahad 08:00 AM - 04:45 PM
Isnin 08:00 AM - 04:45 PM
Selasa 08:00 AM - 04:45 PM
Rabu 08:00 AM - 04:45 PM
Khamis 08:00 AM - 04:30 PM
Jumaat Closed
Sabtu Closed

Pejabat ditutup sila datang pada hari lain.

Bahagian Sukan dan Rekreasi (BSR)

Bahagian Kebudayaan dan Kesenian (BKK)

Hubungi Kami

Bahagian Pembangunan Hoslistik dan Kaunseling Pelajar

Hubungi Kami
ms_MYMS