LAPORAN PENYERTAAN PASUKAN BOLA SEPAK STAF UMT

LAPORAN PENYERTAAN PASUKAN BOLA SEPAK STAF UMT KE KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSAK TERENGGANU 2020

Pasukan Bola Sepak Staf UMT telah menyertai Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Terengganu 2020 pada 19 hingga 21 Februari 2020 bertempat di Padang Bola Sepak Lagun, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Sebanyak 30 pasukan dari seluruh negeri Terengganu telah menyertai kejohanan pada kali ini. Pasukan UMT juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian pada edisi pada tahun ini. Format pertandingan pada tahun ini tiada perubahan berbanding tahun sebelumnya iaitu bermain secara 11 sepasukan dan wajib menurunkan 3 orang pemain veteran pada setiap kali perlawanan.

Pasukan UMT diundi dalam kumpulan A bersama pasukan Bomba dan Imigersin. Pada perlawanan pertama, pasukan UMT menentang pasukan Bomba berkeputusan seri 1-1. Pasukan UMT tidak ingin berputih mata pada edisi kali ini. Dalam pertemuan kedua, pasukan UMT berjaya mengalahkan pasukan 

Imigresin dengan akeputusan 3-1. Dengan kemenangan ini, pasukan UMT berjaya layak ke pusingan seterusnya apabila menduduki tangga ke 2 dalam kumpulan A.

Keputusan undian kalah mati, pasukan UMT akan menentang pasukan pilihan pertama kejohanan iaitu MBKT A. Dengan reputasi sebagai pasukan pilihan dan kemasukan beberapa orang bekas pemain negeri, UMT mempunyai laluan yang agak sukar untuk ke peringkat seterusnya. Faktor kecergasan, umur dan kelebihan bakat serta pengalaman memang memihak kepada pasukan MBKT A. Ini terbukti apabila pasukan UMT dikalahkan pasukan MBKT A dengan keputusan 0-2 di pusingan ke 2. 

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Tempoh pengesahan reCAPTCHA telah tamat. Sila muat semula halaman.

ms_MYMS