Oleh : Mohd Fadzi Badaudin
UMT, 26 Feb – Kursus Media Sukan yang dijalankan selama 2 hari bermula 25 – 26 Mac 2020 berjaya mengumpulkan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada warga staf UMT. Kursus ini disampaikan oleh Dr.Pekan Ramli, Ketua Unit Sukan Cawangan Operasi Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Kursus ini diadakan di Bilik Seminar Ibnu Rusyd, Kompleks Siswazah UMT. Para peserta adalah terdiri daripada staf Bahagian Sukan dan Rekreasi UMT, Atlet Staf dan juga jurulatih sukan UMT.
Kursus ini berjaya mencapai objektifnya iaitu meningkatkan kemahiran jurulatih,pengurus, pentadbir sukan mempromosikan sukan melalui media massa dan juga mengasah kemahiran penulisan, penyampaian dan fotografi sukan.