BSR mengambil inisiatif dengan menganjurkan Live Premier League via Cisco Webex Meeting kepada pelajar-pelajar yang sedang menjalani proses isolasi kendiri pada 1-8 Mac 2021 bertempat di Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu. Para pelajar tidak dibenarkan keluar dari bangunan kolej dan tidak dibenarkan hadir ke mana-mana tempat sepanjang tempoh isolasi ini. Bagi mengisi masa para pelajar, BSR menyediakan platform bagi mereka yang meminati sukan bola sepak dengan mengadakan ‘jom tengok bola ramai-ramai secara maya’



