KOMUNITI, KOPERASI DAN UNIVERSITI (2KU)

Program Social Entrepreneurship@Urban Community merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi bagi membantu komuniti setempat melalui koperasi. Program anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu ini merupakan program yang dapat membantu meningkatkan pendapatan syarikat pelajar dan ekonomi isi rumah.

Puan Nurhazliyana Binti Hanafi yang merupakan pensyarah di Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, PPAL, UMT telah dilantik sebagai mentor dan telah diperuntukan dana sebanyak RM20,000.00 bagi melaksanakan program ini bersama pelajar. Beliau akan melaksanakan program ini bersama dengan dua (2) usahawan pelajar sebagai ketua projek iaitu Saudari Halimah Safiah Binti Saleh (S57429) dan Saudari Siti Fatihah Binti Ahmad Nazri (S56712) seterusnya akan disertai seramai 30 orang pelajar yang akan turut serta.

ms_MYMS