PROGRAM UNIVERSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION (U-MaC)

Oleh : NAJMIAH BINTI ALI

1-3 APRIL 2021

ONLINE WEBEX

Program University Young Motivator Competition (U-MaC) telah dilaksanakan pada 1-3 april 2021 secara aplikasi webex.

Konsep program ini dijalankan adalah berasaskan pertandingan ucapan awam. Para peserta akan dibimbing untuk berucap di khalayak ramai dan memberikan motivasi kepada para penonton yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian masing-masing melalui task yang disediakan. Bertitik tolak daripada itu, maka Seksyen Kaunseling dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMT mengambil inisiatif menganjurkan Program Young Motivator Competition (U-MaC) Peringkat Universiti yang mana melibatkan setiap Pusat Pengajian.

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan pelapis motivator yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada pelajar. Selain itu program ini juga bermatlamat untuk melatih para pelajar supaya lebih berkeyakinan dan memangkin motivasi para penonton yang hadir.

ms_MYMS