Pentadbiran & Kewangan
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
Bertangunggjawab dalam menguruskan urusan pentadbiran yang berkaitan dengan fasiliti, belanjawan keseluruhan dan pembangunan mahasiswa di Kolej Kediaman
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu
Penjenamaan semula Kolej Siswa kepada Kolej Kediaman (KK) telah bermula pada 20 Ogos 2020 di mana penjenamaan ini seiring dengan cadangan pucuk pimpinan yang diterajui oleh Pengarah Kolej Kediaman iaitu Profesor Madya Ts. Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali dan di bantu oleh Timbalan Pengarah Dalam Kampus serta Timbalan Pengarah Luar Kampus, Encik Mohd Yusmiza Bin Mamat.
Kolej Kediaman telah dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran kedua bagi pelajar yang menginap di Kolej Kediaman. Kolej Kediaman terbahagi kepada tiga seksyen penting iaitu Seksyen Pentadbiran & Kewangan, Kolej Kediaman Dalam Kampus dan Kolej Kediaman Luar Kampus.
Pihak Kolej Kediaman akan sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar menjadi keutamaan agar pelajar selesa dalam menjalani sesi pembelajaran di Kolej Kediaman.
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
Bertangunggjawab dalam menguruskan urusan pentadbiran yang berkaitan dengan fasiliti, belanjawan keseluruhan dan pembangunan mahasiswa di Kolej Kediaman
Seksyen Kolej Kediaman Dalam Kampus
Bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan fasiliti dan infrastruktur kediaman dalam kampus yang kondusif kepada mahasiswa.
Seksyen Kolej Kediaman Luar Kampus
Bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan fasiliti dan infrastruktur kediaman luar kampus yang kondusif di samping menguruskan pangkalan data rumah sewa pelajar, kemudahan, kebajikan dan keselamatan mahasiswa di luar kampus
Kolej Kediaman menyediakan dua buah kafeteria bagi kemudahan pelajar. Kafeteria tersebut ialah kafeteria Kolej Kediaman Abdul Rahman Limbong dan Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek.
Kolej Kediaman menyediakan teflon bagi kegunaan pelajar. Di sini pelajar boleh melaksanakan pelbagai aktiviti seperti ‘Speaker Corner’, ‘Jamming’, aktiviti – aktiviti keusahawanan dan lain.
Bilik mesyurat juga ada disediakan oleh pihak pengurusan bagi memudahkan sebarang mesyuarat diadakan di Kolej Kediaman oleh pihak staf dan pelajar.
Pihak pengurusan menyediakan dua kemudahan kenderaan iaitu sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna 4x4 dan sebuah MPV bagi kemudahan pelajar Kolej Kediaman.
Kolej Kediaman mempunyai satu stor pusat bagi menempatkan sebahagian aset-aset Kolej Kediaman.
Kolej Kediaman telah menyediakan kemudahan dewan Al-Falah bagi kegunaan aktiviti pelajar Kolej Kediaman.
Kolej Kediaman menyediakan dewan ini untuk kegunaan aktiviti pelajar dan majlis-majlis rasmi.
Fasiliti gimnasium bagi kemudahan pelajar untuk bersukan disediakan seiring untuk melahirkan pelajar UMT yang holistik.
Ruang bacaan disediakan di setiap Blok Abdul Rahman Limbong bagi memberi keselesaan kepada pelajar untuk membaca ataupun bersantai.
Di Kolej Kediaman, kapasiti bilik terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bilik berempat, bertiga dan berdua.
Bagi pelajar tahun 1 yang baru mendaftar akan terus ditempatkan di Kolej Kediaman iaitu bilik berempat. Penukaran bilik hanya dibenarkan kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sahaja.
Bagi blok kediaman konsep apartment, kapasiti bilik adalah untuk menginap berdua atau bertiga.
Kolej Kediaman Luar Kampus menawarkan dua kediaman di luar kampus UMT:
Pada 5-6 dan 8-9 Oktober 2025, pihak Showmekids Primary telah mengadakan satu lawatan pembelajaran ringkas
Kuala Nerus, 10 Ogos 2025 – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin
Program Building Residential Involvement, Dialogue, Growth and Empowerment (BRIDGE) Camp 2025 telah berlangsung dari 10
Pejabat Pentadbiran
Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia