Hal Ehwal Pelajar dan Alumni | UMT

Logo-Hepa-UMT

TAHNIAH! UMT MENANG

3 orang pelajar UMT daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan & Informatik (FTKKI) telah berjaya memperoleh tempat ke-3 bagi kategori Pembangunan Aplikasi Mudah Alih sempena Pertandingan Keusahawanan Digital 2022.

Pertandingan ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Majlis Keusahawanan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAKMUM) bersama UTHM dan UTM yang bertindak sebagai platform buat para pelajar UA membudayakan semangat dan aktiviti keusahawanan dengan tema “Kuasakan Bisnes Dengan Digitalisasi”.

Penyertaan UMT telah diselaraskan oleh Pusat Keusahawanan & Kerjaya (CEC) UMT dan UMT diwakili “Team Sparkle” merupakan antara 5 finalis akhir yang tersenarai bagi kategori Pembangunan Aplikasi Mudah Alih dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM400.00 berserta sijil penyertaan.

#UMTJobCreator
#HEPADiHatiku
#UMTSohor
#WargaUMTCemerlang