Pasukan Markas Studio (Menanti Kadarluasa) telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Kategori Video Kreatif sempena Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2022.
Pasukan Markas Studio (Menanti Kadarluasa) ini telah dibimbing oleh Profesor Madya Dr. Azizul Yadi Bin Yaakop, daripada FPEPS merangkap Mentor kepada kumpulan tersebut.
Majlis penutup yang telah diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), turut melibatkan beberapa orang VVIP terkenal negara termasuklah Dato’ Norman bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios.


