Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu

Selamat Datang ke mini site
Logo-UMT-Sailing-Centre

Pusat Latihan Pelayaran UMT (Sailing Centre)

Pengenalan Pusat Pelayaran, Sailing Centre

Pusat latihan pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mula beroperasi 1 Ogos 2019 lalu menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai pelayar pelayar muda di Malaysia. Ianya turut menjadikan universiti terbabit sebagai peneraju program berkaitan pelayaran dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Selain itu, kewujudan Pusat Latihan pelayaran adalah bertujuan membudayakan pelayaran kepada komuniti di Terengganu amnya terutamanya dalam kalangan pelajar UMT sendiri.

Ianya bermula sebagai salah satu subtopik amali dari subjek Keperlautan yang ditawarkan kepada pelajar dan peyertaan pelajar dalam penganjuran regatta di Malaysia.

Pusat ini juga sedang membangunkan aspek akademik dan kajian dalam bidang pelayaran diperingkat Institut pengajian tinggi selain meningkatkan aktiviti berkaitan pelayaran di dalam program pembangunan belia serta penganjurkan aktiviti komersil dan kursus professional.

Pusat ini turut menjalankan program tanggungjawab sosial Universiti (USR) melalui aktiviti yang dijalankan di komuniti setempat termasuk sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Baca lagi ... Tutup...

Nama Rasmi PTJ: Pusat Latihan Pelayaran
Nama Sebutan: Sailing Centre
Bilangan Staf: 7 orang

OBJEKTIF

  • Menawarkan subjek akademik berkredit berkaitan pelayaran kepada pelajar UMT dalam beberapa peringkat.
  • Bekerjasama dengan persatuan negeri dan kebangsaan dalam menganjurkan kursus-kursus dan acara berkaitan pembangunan sukan pelayaran dikalangan belia dan komuniti.
  • Menganjurkan kursus kompetensi dan professional berkaitan pelayaran bagi menjana pendapatan.

Sejarah Sailing Center

Sailing Centre MOOC Online Courses

Video ini diambil dari Facebook Pusat Latihan Pelayaran

Pusat Latihan Sea Sport Arena UMT

Pertandingan Kapal Layar UMT

Pusat latihan yang sedang dibangunkan di pantai UMT yang berkonsepkan pelayaran santai

Fungsi Utama Sailing Center

Di bawah ini di senaraikan fungsi UMT Sailing Centre.

Akademik

  • Asas Ilmu Pelayaran
  • Lanjutan Ilmu Pelayaran
  • Asas Kejurulatihan Pelayaran
  • Pelajar yang mengambil kesemua (tiga) subjek ini akan ditauliahkan sebagai Jurulatih Lesen C di bawah skim kejurulatihan kebangsaan Institut Sukan Negara.
93310581_246020530102588_6886730852248584192_o (2)

Penganjuran Program Tahunan Pelayaran

  • Aturkan Regatta IPT tahunan
  • Mengambil bahagian dalam regatta tempatan dan antarabangsa.
  • Aturkan Regatta IPT tahunan
  • Bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu , Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Pelayaran Negeri bagi penganjuran kursus asas pelayaran di peringkat sekolah, universiti dan belia.
  • Penganjuran kursus kejurulatihan bagi melatih guru-guru sekolah dan bekas atlet menjadi jurulatih bertauliah.

Pembangunan Belia dan Masyarakat

  • Pembinaan pasukan (Motivasi dan Pembangunan kemahiran insaniah)
  • International Sailing Program
  • Kem musim panas (masuk dan keluar)
  • Program bimbingan pelayaran.
  • Water sport Safety Awareness Program

Penyelidikan

  • Keselamatan dan keboleh percayaan rekreasi air, sukan laut dan pelancongan nautical.
  • Reka bentuk dan teknologi perahu layar.

Perlesenan dan Pensijilan

  • Kursus keselamatan + asas kapal kecil
  • Lesen pengendali atau sijil kapal motor dan sijil helm.
101652707_281208109917163_8600293932858867712_n

Citra UMT

  • Inisiatif tingkatkan Citra UMT melalui Pusat Latihan Pelayaran (PLP)

Pelan Strategik • Fasa 2 • 2022-2023

Gambaran kasar pelan strategik Sailing Centre untuk tahun 2020 ~ 2023

Carta Organisasi

Senarai carta organisasi pengurusan Sailing Centre
Mohd Hafizi Said
Mohd Hafizi Said Pengarah
Pusat Latihan Pelayaran (Sailing Centre)
Izhar Mohd Mustaat
Izhar Mohd Mustaat Pegawai Sains
Pusat Latihan Pelayaran (Sailing Centre)
Norliana Mohd Zor
Norliana Mohd Zor Pembantu Tadbir
Pusat Latihan Pelayaran (Sailing Centre)
Noor Hidayah Mat Isa
Noor Hidayah Mat Isa Penolong Pegawai Tadbir
Pusat Latihan Pelayaran (Sailing Centre)
Ku Anas Ku Zamil
Ku Anas Ku Zamil Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Pusat Latihan Pelayaran (Sailing Centre)

Berita & Aktiviti Terkini

Ini adalah berita dan aktiviti terkini dari kami di Sailing Centre.

Hubungi Kami

Terdapat sebarang pertanyaan? hubungi kami di talian yang tertera.
Lokasi

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA),
Aras 1, Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.

Hubungi Kami
Waktu Pejabat
09:15 pm
Oktober 19, 2025
Ahad 09:00 AM - 04:30 PM
Isnin 09:00 AM - 04:30 PM
Selasa 09:00 AM - 04:30 PM
Rabu 09:00 AM - 04:30 PM
Khamis 09:00 AM - 04:00 PM
Jumaat Closed
Sabtu Closed

Pejabat ditutup sila datang pada hari lain.

ms_MYMS