Seminar “How to Star A Business” merupakan program anjuran Kelab MyAgrosis UMT yang telah diadakan pada 12 Mei 2023 bertempat di Auditorium PSNZ UMT. Program ini mensasarkan pelajar tahun 1 yang baru memulakan perniagaan dan yang belum memulakan perniagaan semasa dalam tempoh pengajian di UMT.
Program ini bertujuan membuka minda pelajar ke arah keusahawanan seterusnya menjadi Job Creator setelah tamat pengajian kelak.
Penceramah : En. Muhammad Syakir bin Che Mansor
Jawatan : Founder BK Store Interprise
Jumlah Pelajar : 140 Pelajar


