๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ : Kontingen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak pulang dengan tangan kosong apabila 5 pingat telah diraih hasil sumbangan dari pasukan Orienteering dan Woodball.
Pasukan Orienteering UMT cemerlang dengan memungut 1 pingat perak melalui kategori Individu Lelaki dan 2 pingat gangsa melalui kategori Individu Wanita serta kategori Berpasukan Lelaki.
Ratu Woodball UMT , Saudari Nur Ashila Bt Sharnuddin dari Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial – FPEPS UMT juga tidak ketinggalan memahat nama sebagai penyumbang pingat kepada UMT dengan hasil 1 pingat perak pada kategori Individu Wanita dan memacu kategori Berpasukan Wanita untuk memiliki 1 pingat gangsa.
Kejohanan yang berlangsung pada 14-18 Jun 2023 di UniSZA ini telah disertai 13 Universiti Awam seluruh Malaysia dan Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Datoโ Dr. Pekan bin Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan KPT.




