MUDApreneuer@HE Menjadi saksi kemenangan Abdullah Harith bin Mohd Kamal Hasan Wong berjaya memenangi tempat ketiga (3) dalam Program Mudapreneur@HE Peringkat Akhir kategori Kluster Perkhidmatan dan Produk. Walaupun tanpa rakan seperjuangan, pembentangan secara solo berjaya menambat hati para juri dengan idea penubuhan syarikat yang diberi nama Lepak Port dengan mentornya Dr. Mohd Shaari bin Abd Rahman.
Lepak Port merupakan sejenis perniagaan perkhidmatan yang mengetengahkan ‘food court style’. Konsep mengurus gerai jualan yang berjaya membantu lebih ramai usahawan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan terutama dalam kategori makanan dan minuman. Sistem perniagaan kepada perniagaan (B2B) ini menarik minat juri dan seterusnya meletakkan nama Lepak Port selaku tempat ketiga pertandingan. Empat (4) kumpulan lain seperti Tyha_Scarf mentornya Dr. Mohd Pirdaus Yusof, The Time bersama mentornya Puan Norlidawahi Wahab, Millinium Cookies bersama Encik Affifuddin Pi Remli dan Teddy de’Bouquet bersama Encik Mohd Ruhaifi Alias juga layak mendapat penghargaan, namum rezeki tidak menyebelahi pihak mereka.
Bagi mereka, kemenangan bukanlah menjadi taruhan, tetapi pengalaman dan ilmu yang dapat dalam menjayakan projek tersebut. Jangan takut melakukan kesalahan kerana kesalahan menambahkan pengalaman dan pengalaman mengurangkan kesalahan. Sebanyak 13 syarikat lain telah berentap untuk membentangkan Syarikat Perniagaan mereka yang merupakan penyertaan daripada kumpulan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Pahang dan tuan rumah Universiti Teknikal Malaysia. Program MUDApreneur@HE, telah berlangsung sebanyak empat (4) fasa yang telah bermula pada tahun lepas 2019 dan kemuncaknya pada peringkat akhir Mudapreneur@HE, yang diadakan 01 Oktober 2020 lalu. Penilaian daripada empat (4) orang juri iaitu Puan Khairiyah binti Jaafar, wakil SME Corp Malaysia Cawangan Melaka, En. Shahrizan bin Abd Latif, pengarah Head-pitching Campus dan En. Andrewa Wong, CEO/ Founder MAD Incubator. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Kalau mentaliti sudah setinggi langit, tidak menang bukanlah penentu, mengaku kalah itulah yang malu.

