UMT-17 Jun 2020.- Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) dengan kerjasama pemain industry iaitu Syarikat Ledakan Digital telah mengadakan program E-Commerce
Entrepreneurship Incubator Programme (EEIP) 2.0. Pandamik Covid 19 melanda Malaysia pada 18 Mac 2020 dan sejurus itu Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pelaksanaan PKP yang diumumkan YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyebabkan program EEIP ini terpaksa dilaksanakan secara atas talian untuk Modul 3. Namun, begitu adakah objektif untuk modul 3 ini tercapai? Objektif EEIP 2.0 Modul 3 (Apps Development) adalah melatih pelajar UMT melalui teori dan raktikal untuk membangunkan aplikasi E-Dagang bagi platform telefon mudah alih serta berdaya saing dalam mengaplikasikan teknologi di dalam bidang perniagaan.
Jawapannya adalah ya, objektif program mampu dicapai walaupun dengan norma baharu. Modul 3 diadakan menerusi aplikasi zoom dan selepas itu peserta diberi tugasan bagi membangunkan satu applikasi dalam masa yang ditetapkan. Menurut En. Hazrul, salah seorang tenaga pengajar bagi Program EEIP ini berkata “menerusi aplikasi ‘Zoom’ pelajar lebih yakin untuk bertanya soalan, mana tidaknya, pelajar hanya perlu menanyakan soalan tanpa rasa malu, mungkin pelajar-pelajar malu bertanya jika di dalam kelas”.

Tambah beliau, tenaga pengajar perlu bersedia dalam apa jua soalan yang diajukan oleh peserta. Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini.

