Terengganu Maritim Heritage Skill

Bertujuan mengekalkan ilmu pertukangan pembuatan perahu/kapal tradisional Terengganu. Ini merupakan langkah awal usaha kami dengan memasukkan kursus khas ini ke dalam amali pelajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu MNS2203 ( Kompetensi Asas Pelayaran) yang dibimbing oleh pakar pembuat boat tradisional pulau duyong ( pok hasyim).

Wan Nordin Wan Abdullah, 66, atau lebih mesra disapa sebagai Pak Hasyim, kini sudah lebih 34 tahun bergelumang dengan serbuk kayu dan perkakas pertukangan dalam menghasilkan pelbagai jenis perahu layar tradisi bumi kelahirannya ini.