Hal Ehwal Pelajar dan Alumni | UMT

MAJLIS ANUGERAH KELAB USAHAWAN PELAJAR

28 April 2021 (Rabu), Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) telah mengadakan satu majlis bagi meraikan bakat-bakat usahawan dikalangan pelajar UMT yang terdiri daripada kelab-kelab di bawah naungan CEC iaitu CEC GROUPS (Kelab MyAgrosis, Kelab Usahaniaga, Kelab Enuctus, Kelab e-Sport, Kelab CPC, Koperasi Mahasiswa UMT (KOSISWA)) dan turut menjemput Exco Keusahawanan MPP serta YDP MPP UMT.

Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah CEC iaitu YBrs. Dr. Mohd Shaari bin Abd Rahman dan dijalankan menggunakan dua (2) kaedah serentak iaitu secara bersemuka yang telah dihadiri seramai 25 orang daripada wakil Majlis Tertinggi Kelab (MT) bagi kelab masing-masing dan melibatkan 28 orang secara atas talian (cisco webex) iaitu daripada kelab-kelab keusahawanan di bawah fakulti.

Terdapat dua (2) kategori yang pemenang iaitu Kategori Kelab Terbaik dan Kategori Program Terbaik keseluruhan.

Kategori Kelab Terbaik :

  • Tempat Pertama (Kelab Enuctus)
  • Tempat Kedua (Kelab Myagrosis)
  • Tempat Ketiga (Kelab Usahaniaga)
  • Saguhati (Kelab CPC dan e-Sport)

Kategori Program Terbaik : Program Inspirasi Kerjaya Usahawan

  • Kelab Myagrosis dan Kelab Usahaniaga

Di akhir majlis, sesi ‘chit-chat’ Pengarah CEC Bersama CEC GROUPS dan wakil kelab keusahawanan fakulti turut diadakan bagi membolehkan MT kelab-kelab CEC GROUPS menanyakan secara langsung permasalahan dan perancangan kelab pada tahun 2021 serta perkongsian pengalaman daripada MT Kelab Enuctus penglibatan program diperingkat Internasional.

Sesi bergambar sebahagian MT dan wakil kelab keusahawanan fakulti yang terlibat (atas talian)

Sesi bergambar sebahagian MT dan Kakitangan CEC yang terlibat (bersemuka)

Program Kelab Terbaik : Kelab Myagrosis dan Kelab Usahaniaga

Kategori Kelab Terbaik : Tempat Pertama (Kelab Enuctus) (Wakil Penasihat)

Kategori Kelab Terbaik : Tempat Kedua (Kelab Myagrosis)

Kategori Kelab Terbaik : Tempat Ketiga (Kelab Usahaniaga)

Kategori Kelab Terbaik : Saguhati (Kelab CPC)

Kategori Kelab Terbaik : Saguhati (Kelab e-Sport)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.